Kelas Gitar Bersama Youtube
27 September 2015 | Aktiviti TerkiniPada 26 September 2015, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan kelas gitar bersama youtube untuk kanak-kanak 14 tahun kebawah bertempat di Pusat Internet Kampung Pandan. Kelas ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 11 pagi yang telah disertai oleh 5 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak Kampung Pandan. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan penggunaan kemudahan Youtube untuk peserta belajar asas bermain gitar.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
•Boleh belajar menggunakan alat muzik dengan mudah menggunakan Youtube
•Membuat kumpulan muzik 'Buskers' untuk PI Kpg Pandan
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
•Peserta diberikan masa untuk menonton video asas bermain gitar menggunakan Youtube
•Peserta juga ditunjukkan cara bermain gitar oleh pengajar (Pengurus PI Kpg Pandan)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: